• Register
Penganiaan Kanak-kanak
PDF
Print
E-mail
Written by admin   
Sunday, 10 June 2012 08:23

Penganiayaan kanak-kanak termasuk semua jenis penderaan dan mengabaikan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun oleh ibu bapa dan penjaga termasuk jurulatih dan guru. Terdapat empat jenis penganiaan:

Penderaan fizikal adalah penggunaan daya fizikal seperti memukul, menendang, menggoncang, membakar dan apa-apa perbuatan paksaan kepada seseorang.

Penderaan seksual melibatkan paksaan kepada seseorang kanak-kanak untuk terlibat dalam perbuatan seksual. Ia termasuk cumbuan, rogol, dan mendedahkan kanak-kanak kepada aktiviti seksual.

Penderaan emosi merujuk kepada tingkah laku yang boleh mengganggu harga diri dan kesejahteraan emosi seseorang kanak-kanak. Ini termasuk termasuk menggejek , memalukan, penolakan, penahanan kasih sayang, dan mengugut.

Pengabaian ialah kegagalan untuk memenuhi keperluan asas seseorang  kanak-kanak. Keperluan-keperluan ini termasuk tempat tinggal, makanan, pakaian, pendidikan, dan akses kepada penjagaan kesihatan.

Last Updated on Sunday, 10 June 2012 09:01
 

Penafian

Khidmat SMS ini adalah untuk remaja yang belum berkahwin sahaja. Berjumpa doktor secara bersemuka adalah lebih baik berbanding bertanya secara SMS. Persatuan Kesihatan Remaja Malaysia tidak bertanggungjawab diatas apa-apa kerosakan atau akibat daripada penggunaan perkhidmatan atau maklumat dari laman web POYO di www.poyo.my.

Soalan yang mengganggu dan menghina akan dilaporkan kepada SKMM di aduanskmm@cmc.gov.my