• Register
Zina
PDF
Print
E-mail
Written by Farah Jihan   
Saturday, 10 December 2011 15:52

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)

Surah Al-Israa' 17:32


Apa itu Zina?

Persetubuhan (yang tidak meragukan) yang dilakukan oleh seorang lelaki dan seorang perempuan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syarak (bukan pasangan suami isteri)

Bolehkah Zina?

Zina itu adalah haram

 

Pembahagian Zina

1. Zina Muhsan

ialah lelaki dan perempuan yang pernah melakukan persetubuhan halal (telah berkahwin) dan melakukan zina dengan pasangan lain tanpa nikah yang sah

2. Zina bukan Muhsan

iaitu pasangan lelaki dan perempuan yang berzina dan mereka belum pernah melakukan persetubuhan yang halal (yang belum pernah berkahwin)

 

Surah An-Nur : 2

" Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari kedua-duanya 100kali sebatan dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dan hendaklah disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman"

Hadis Nabi ( Muslim, sahih. hlm. 188) mafhumnya:

"Ambillah dari aku! Sesungguhnya Allah memberi jalan kepada mereka (perempuan yang berzina ), jikalau teruna dengan dara hendaklah disebat seratus kali sebatan, dan dibuang negeri setahun, dan jika yang telah berkahwin dengan yang telah berkahwin hendaklah disebat dengan seratus kali sebatan dan direjam dengan batu sampai mati"


 


*perolehan artikel: power point Ustazah Asma' bt Harun*

 

Last Updated on Monday, 12 December 2011 08:42
 

Tinjauan Pendapat 1

Rokok electronik (e-cig) selamat dan berkesan untuk berhenti merokok
 

Tinjauan Pendapat 2

Saya pernah mencuba rokok elektronik
 

Tinjauan Pendapat 3

Saya ingin mencuba rokok electronik
 

Facebook POYO