• Register
Unit Kerja Sosial Perubatan
PDF
Print
E-mail
Written by admin   
Saturday, 15 October 2011 03:17

Pengenalan

Perkhidmatan yang diberikan oleh unit ini bertujuan untuk melengkapi perkhidmatan rawatan perubatan yang diterima oleh anda. Perhatian diberikan kepada faktor emosi dan sosial seseorang individu bagi mewujudkan kesinambungan dalam usaha menyediakan rawatan komprehensif (menyeluruh)

Bagaimana anda boleh menerima perkhidmatan dari unit ini?

Unit Kerja Sosial Perubatan Klinik Kesihatan Seremban memberi perkhidmatan kepada semua pesakit di Klinik-klinik Kesihatan di dalam daerah Seremban seperti senarai dibawah:

  • Klinik Kesihatan Seremban
  • Klinik Kesihatan Rantau
  • Klinik Kesihatan Ampangan
  • Klinik Kesihatan Mantin
  • Klinik Kesihatan Sendayan
  • Klinik Kesihatan Seremban 2
  • Klinik Kesihatan Senawang
  • Klinik Kesihatan Kuaters KLIA
  • Klinik Kesihatan Nilai
  • Klinik Kesihatan Lenggeng

Anda hanya perlu memberitahu doktor yang merawat anda tentang keperluan dan bantuan yang anda perlukan dan jika ada keperluan, doktor berkenaan akan merujuk anda berjumpa dengan seorang Pegawai Kerja Sosial Perubatan. Tarikh temujanji akan diberikan kepada anda untuk bertemu seorang Pegawai Kerja Sosial Perubatan yang akan membantu anda seterusnya.

Anda boleh juga sms keperluan anda kepada doktor-doktor dan kaunselor-kaunselor POYO dan kami akan membimbing anda tentang bagaimana untuk mendapat bantuan yang diperlukan

Skop Perkhidmatan

 

Bantuan psikososial – Kerja kes dalam komponen ini melibatkan isu-isu emosi dan psikologi pesakit dan perlu dijalankan teknik dan metodologi (kaunseling individu, kelompok dan keluarga). Bantuan psikososial diberikan untuk kes-kes :-

  • Pesakit kronik
  • Kebimbangan
  • Kes cuba bunuh diri
  • Kes Keganasan Rumahtangga
  • Masalah Perkahwinan
  • Ibu Tanpa Nikah
  • Mangsa Perkosaan / RogolPenganiayaan/ Penderaan Kanak-kanak dan Terbiar
  • Kes Psikiatrik
  • Kes Kurang Upaya (Cacat)
  • Berkabung / Kematian
  • Ketagihan
  • Masalah Sokongan Keluarga

 

Bantuan Praktik – Bantuan Praktik ini member tumpuan lebih dari segi bantuan kewangan, kebendaan dan peralatan tiruan kepada pesakit/ klien. Ia lebih tertumpu kepada kerja-kerja perancangan kerja sosial dan penyelesaian masalah. Diantara bantuan yang diberikan :-

  • Penilaian sosial ( Laporan Sosio-Ekonomi)
  • Perancangan " Discharge"/ Mengesan waris.
  • Penempatan Institusi ( Rumah Orang Tua/ Rumah Anak Yatim)
  • Alat Tiruan / Peralatan Perubatan
  • Tambang Perjalanan

 

Proses kerja dalam komponen ini melibatkan :-

  • Rujukan kepada Akta dan Undang- undang Sosial
  • Pertubuhan –pertubuhan Sukarela
  • Jabatan- jabatan kerajaan dan swasta
  • Keluarga dan masyarakat
  • Aktiviti "Home Visit"

 

 

Last Updated on Friday, 16 November 2012 21:56
 

Penafian

Khidmat SMS ini adalah untuk remaja yang belum berkahwin sahaja. Berjumpa doktor secara bersemuka adalah lebih baik berbanding bertanya secara SMS. Persatuan Kesihatan Remaja Malaysia tidak bertanggungjawab diatas apa-apa kerosakan atau akibat daripada penggunaan perkhidmatan atau maklumat dari laman web POYO di www.poyo.my.

Soalan yang mengganggu dan menghina akan dilaporkan kepada SKMM di aduanskmm@cmc.gov.my