• Register
Akil baligh
PDF
Print
E-mail
Thursday, 06 October 2011 13:05

 

Akil Baligh Untuk Lelaki dan Perempuan

Akil baligh akan dialami bila anda meningkat dewasa. Akil baligh merupakan tanda keupayaan anda untuk mempunyai anak. Dikenali juga sebagai kematangan seksual.

Definisi

Akil baligh adalah satu peringkat dalam hidup anda di mana tubuh badan anda berubah dari seorang kanak-kanak ke seorang dewasa. Perubahan-perubahan ini termasuklah ciri-ciri seks 'primer' dan 'sekunder'.Ia disebabkan bahan kimia di dalam badan yang dipanggil hormon.

Untuk lelaki :

  • Ciri-ciri seks primer yang berubah adalah perubahan zakar (penis) dan buah zakar (testis)
  • Manakala ciri-ciri seks sekunder pula melibatkan pertumbuhan misai dan janggut 
    serta suara yang lebih garau
  • Bulu ketiak serta di bahagian kemaluan juga merupakan tanda-tanda akil baligh

Untuk perempuan :

  • Ciri-ciri seks primer yang berubah adalah perubahan faraj dan ovari
  • Manakala ciri-ciri seks sekunder pula melibatkan perubahan payudara serta 
    punggung membesar
  • Bulu dari ketiak dan di bahagian kemaluan juga merupakan tanda-tanda 
    akil baligh

Bilakah saya akan mencapai akil baligh?

Akil baligh bermula antara umur 9 - 16 tahun bagi lelaki dan perempuan.Ada yang mengalaminya lebih awal dan ada juga yang lewat. Kemungkinan sebab-sebab akil baligh awal adalah :

  • Nutrisi yang lebih baik
  • Stres
  • Bahan kimia di dalam makanan

Adakah akil baligh awal satu kebaikan atau sebaliknya?

Ia bukanlah buruk mahupun baik. Tiada apa yang perlu dirisaukan. Mereka yang mengalami kematangan seksual yang awal serta bergaul dengan rakan yang lebih matang, mungkin terdedah kepada gejala-gejala sosial seperti merokok, mengandung dan lumba haram.

Apakah peringkat akil baligh saya?

Perkembangan ciri seksual sekunder dibahagikan kepada 5 Peringkat yang dikenali 
sebagai Peringkat Tanner.

Tahap Tanner :

  • Lelaki - Zakar (penis) dan kerandut buah zakar (skrotum)
  • Lelaki - Bulu kemaluan
  • Perempuan - Payudara
  • Perempuan - Bulu kemaluan

Lelaki - Zakar (penis) dan kerandut buah zakar (skrotum)

Lelaki - Bulu kemaluan

Perempuan - Payudara

Perempuan - Bulu kemaluan



Akil baligh yang tidak normal

Dikatakan tidak normal seandainya akil baligh bermula terlalu awal mahupun terlalu lewat jika dibandingkan dengan kanak-kanak lelaki dan perempuan yang lain.

Semakan akhir:14 Julai 2006

Sumber: http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Remaja/AKILBALIGH.php

 

Last Updated on Thursday, 06 October 2011 13:45
 

Penafian

Khidmat SMS ini adalah untuk remaja yang belum berkahwin sahaja. Berjumpa doktor secara bersemuka adalah lebih baik berbanding bertanya secara SMS. Persatuan Kesihatan Remaja Malaysia tidak bertanggungjawab diatas apa-apa kerosakan atau akibat daripada penggunaan perkhidmatan atau maklumat dari laman web POYO di www.poyo.my.

Soalan yang mengganggu dan menghina akan dilaporkan kepada SKMM di aduanskmm@cmc.gov.my