• Register
Tanda-tanda Mengandung
PDF
Print
E-mail
Thursday, 06 October 2011 11:22

Bagaimanakah anda tahu anda mengandung?




Mengetahui samaada anda mengandung atau tidak bukanlah perkara yang semestinya mudah untuk dilakukan. Jika anda tidak merancang untuk mengandung anda mungkin cemas dan takut. Perasaan ini adalah normal.

Tanda-tanda mengandung adalah seperti berikut:

  • Anda lambat dating bulan
  • Anda cepat penat dan tidak punya banyak tenaga
  • Anda mungkin muntah
  • Anda mungkin telah mengidam makanan
  • Anda harus buang air kecil lebih daripada biasanya
  • Anda mengalami payudara bengkak dan sakit sedikit

Penting untuk diingat bahawa mempunyai satu atau lebih daripada tanda-tanda ini tidak selalu bererti anda mengandung. Mungkin ada alasan lain mengapa anda mengalami hal-hal diatas.

Jika anda fikir anda mempunyai satu atau lebih daripada tanda-tanda diatas dan anda pernah melakukan seks, pergilah berjumpa doktor untuk mengesahkan samaada anda mengandung atau tidak


Apa yang boleh anda lakukan jika anda berfikir bahawa anda sedang mengandung?

Mengambil langkah untuk menguji apakah anda sedang mengandung mungkin sukar. Namun, mengetahui dengan pasti samaada anda mengandung atau tidak membolehkan anda untuk bergerak maju dalam memutuskan apa yang harus dilakukan selanjutnya. Sokongan daripada seorang teman atau seseorang yang anda percaya dapat membantu jika sememangnya anda hamil yang tidak dirancang.

Pemeriksaan Mengandung di Rumah

Ujian pemeriksaan kehamilan banyak dijual di farmasi . Walaubagaimanapun, ujian ini tidak 100% tepat dan adalah menjadi idea yang baik untuk pergi dan melihat doktor jika anda masih tidak yakin. Sebuah keputusan positif ini lebih mungkin benar daripada negatif. Keputusan 2 garisan (seperti gambar dibawah) adalah keputusan bahawa anda mengandung bagi kebanyakan ujian air kencing untuk mengandung.


Jumpalah doktor di klinik berhampiran

Doktor tempatan anda akan dapat memberitahu anda jika anda mengandung. Mereka juga boleh bercakap kepada anda tentang cara terbaik untuk menjaga diri selama kehamilan. Jika anda tidak yakin tentang apa yang harus dilakukan jika anda sedang mengandung, mereka mungkin juga boleh membantu dengan berbincang tentang pilihan-pilihan anda. Remaja yang mengandung akan dirujuk kepada pegawai kebajikan dan pegawai kesihatan sosial (sebagai contoh, Pn Mumtaz Jehan) yang akan banyak membantu anda melalui situasi ini. Banyak bantuan di luar sana.

Jika anda mempunyai kemusykilan silalah sms saya, Dr. Siti Nurbaya, di 019-667-6969 atau email di This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it


Perakuan

Terima kasih kepada Reach Out yang menyiapkan lembar fakta ini. Mereka memiliki halaman bagus untuk di lawati untuk maklumat lanjut: www.reachout.com.au.

 

Last Updated on Saturday, 05 November 2011 23:18