• Register
Berpengalaman Seks
PDF
Print
E-mail
Wednesday, 05 October 2011 15:04

 

Jika anda pernah melakukan hubungan seks, anda adalah dianggap sebagai berpengalaman secara seksual. Anda mungkin tahu bahawa anda bukanlah bersendirian. Ada ramai lagi kawan-kawan anda yang juga berpengalaman secara seksual dan ini terbukti dengan peningkatan jumlah kehamilan sebelum nikah dan peningkatan kes-kes pembuangan bayi di Malaysia. Saya sangat senang hati bahawa anda berjumpa portal ini dan membaca artikel ini. Sangat penting bagi anda untuk benar-benar memahami tentang seks, kesan dari hubungan seksual dan untuk benar-benar memahami dan mengamalkan seks selamat. Ini mungkin akan menyelamatkan hidup anda! 

Tidak melakukan seks adalah langkah yang terbaik, tetapi jika anda akan melakukan hubungan seks, ia perlulah seks selamat. Seks selamat adalah seks yang tidak menyebabkan penyebaran penyakit berjangkit seksual dan tidak menyebabkan kehamilan. Banyak yang mengatakan bahawa penggunaan kondom tidak 100% dalam mencegah kehamilan dan penyakit berjangkit seksual, tetapi jika ia digunakan dengan cara yang betul itu adalah hampir 100% berkesan dalam menghalang kehamilan dan penyakit berjangkit seksual. Oleh kerana itu, anda perlu belajar bagaimana
menggunakan kondom dengan cara yang betul dan menggunakannya jika anda melakukan seks. 

Sebenarnya, melakukan hubungan seksual bukanlah satu-satunya cara bagi anda untuk mengungkapkan kasih sayang. Sebagai contoh, memeluk tanpa hubungan seksual juga cara mengekspresikan perasaan anda kepada pasangan anda. 

Perlu diingatkan bahawa dalam Islam, anda tidak boleh menyentuh kaum yang berlainan jenis dengan anda kecuali jika anda adalah 'muhrim' atau anda sudah berkahwin dengannya. Jika anda adalah seorang Islam, dan sudah pengalaman secara seksual, adalah tidak terlambat untuk  anda meminta pengampunan dari Tuhan dan kembali untuk tidak melakukan seks. Allah Maha Pengampun. 

Jika anda berpengalaman secara seksual, ambil telefon bimbit anda sekarang dan simpan nombor saya, 019-6676969. Mungkin anda perlukan nasihat saya esok atau lusa! Sila sms saya jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai kesihatan. Mempunyai pengetahuan tentang kesihatan yang baik akan membantu anda untuk membuat keputusan yang bijak dalam hidup.

Ditulis oleh : Dr. Siti Nurbaya binti Shahrir pada 29/03/2010 @00:35

 

Last Updated on Wednesday, 26 October 2011 13:35
 

Penafian

Khidmat SMS ini adalah untuk remaja yang belum berkahwin sahaja. Berjumpa doktor secara bersemuka adalah lebih baik berbanding bertanya secara SMS. Persatuan Kesihatan Remaja Malaysia tidak bertanggungjawab diatas apa-apa kerosakan atau akibat daripada penggunaan perkhidmatan atau maklumat dari laman web POYO di www.poyo.my.

Soalan yang mengganggu dan menghina akan dilaporkan kepada SKMM di aduanskmm@cmc.gov.my