• Register
Mengandung Luar Nikah
PDF
Print
E-mail
Tuesday, 27 September 2011 23:09

Mengandung sebelum nikah adalah apabila seseorang itu mengandung tetapi dia belum berkahwin. Selalunya kandungan ini tidak diingini. Satu kajian oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan mendapati terdapat 451 kes mengandung sebelum nikah di klinik kesihatan dan di hospital di Negeri Sembilan pada tahun 2007 dan 365 pada tahun 2006. Daripada jumlah itu, peratusan yang berumur 16 ke bawah adalah 12.2% pada 2007 dan 10.4% pada 2006.

Tahun

Bilangan mengandung sebelum nikah

Peratusan yang berumur 16 tahun ke bawah

Bilangan yang berumur 16 tahun ke bawah

2006

365

10.4%

38

2007

451

12.2%

55

Sumber : Health & Fitness, Sunday December 13, 2009, Unintended Pregnancies by  Dr. Milton Lum

Perkara ini terjadi disini, di Negeri Sembilan. Oleh itu, semua remaja patut tahu bahawasanya jika seseorang itu sudah akil baligh, dia boleh mengandung jika dia melakukan hubungan seks. Dengan kata lain, jika anda sudah mula datang bulan, anda boleh mengandung jika anda melakukan seks.


Para remaja patut peka dengan apa yang mungkin berlaku jika mereka mengandung sebelum nikah. Dibawah dinyatakan akibat mengandung sebelum nikah di Malaysia:

1. Bayi-bayi yang tidak diingini dan terbiar

2. Harus melalui 9 bulan mengandung yang ada risiko kesihatan

3. Di Malaysia, hampir semua yang mengandung sebelum nikah akan berhenti belajar setelah mereka tahu mereka mengandung. Ini menyebabkan mereka susah mendapat pekerjaan dan menyebabkan kemiskinan

4. Penyakit kelamin yang boleh merosakkan tubuh anda, menyebabkan anda mandul dan menyebabkan kecacatan bayi

5. Mendapat HIV atau AIDS

Di Malaysia, masyarakat memandang serong kepada seseorang yang mengandung sebelum nikah. Dia akan dipandang hina dan selalunya disisihkan. Ini adalah realiti kehidupan di sebuah negara Asia

Kesimpulannya, mengandung sebelum nikah memberi kesan buruk kepada seseorang itu dan adalah wajar untuk para remaja menjauhkan diri daripada mengandung sebelum nikah.

Walaubagaimanapun, jika anda mengandung sebelum nikah, hidup anda belum berakhir dan ada yang sedia membantu.

 

Last Updated on Friday, 30 September 2011 12:33
 

Penafian

Khidmat SMS ini adalah untuk remaja yang belum berkahwin sahaja. Berjumpa doktor secara bersemuka adalah lebih baik berbanding bertanya secara SMS. Persatuan Kesihatan Remaja Malaysia tidak bertanggungjawab diatas apa-apa kerosakan atau akibat daripada penggunaan perkhidmatan atau maklumat dari laman web POYO di www.poyo.my.

Soalan yang mengganggu dan menghina akan dilaporkan kepada SKMM di aduanskmm@cmc.gov.my