• Register
Obesiti

Obesiti ialah kegemukan oleh lemak yang berlebihan. Jika para remaja lihat, peratusan individu di Malaysia yang mengalami obesiti semakin meningkat. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius.

Anda dianggap Obes jika BMI anda (bagi orang Asia) ialah 27.5. Kira BMI anda disini

Kesan-kesan obesiti juga termasuk:

• peningkatan risiko sakit jantung

• tekanan darah tinggi

• diabetes / kencing manis

• masalah pernafasan

• masalah tidur

Kita seharusnya mengambil serius akan masalah obesiti di kalangan remaja. Remaja atau kanak-kanak yang obes selalunya akan menjadi dewasa yang obes. Faktor yang mempengaruhi obesiti ialah:

· Diet yang tidak seimbang.
· Pengambilan makanan ringan yang tidak sihat.
· Kekurangan aktiviti bersukan.
· Gaya hidup yang tidak sihat.

Selain daripada menghadkan kegiatan fizikal (sukar bergerak) dan sosial (keyakinan diri kurang dan rasa tersisih), jangka hayat seorang yang obes juga semakin pendek. Ia mencerminkan satu keadaan ketidakseimbangan pengambilan tenaga dan penggunaan tenaga

Cara-cara mengurangkan berat badan

a) Pengurangan kalori harian : Kurangkan lemak dan makanan tinggi lemak.

Jika kita bandingkan:

1 gram lemak = 9 kalori

1 gram karbohidrat = 4 kalori

1 gram protien = 4 kalori

Sayuran tiada kandungan kalori dan buah-buahan, kandungan kalorinya adalah rendah

Gambar diatas menunjukkan bahawa jika kita makan sayur-sayuran dan buah-buahan dengan kalori yang sama adalah lebih mengenyangkan dan berkhasiat berbanding makan minyak dan ayam goreng sahaja.

Kurangkan amaun kalori makanan harian. Dilihat makanan berlemak, kandungan kalorinya tinggi. Oleh itu makanan berlemak harus dikurangkan di dalam makanan.
Modifikasi resipi contohnya gantikan santan dengan susu segar rendah lemak

Buku Panduan Menyediakan Masakan Berkhasiat oleh Azran Jaafar boleh membantu dalam memodifikasikan makanan menjadi lebih sihat untuk kita.

b) Pengubahsuaian tingkahlaku

Tingkatkan aktiviti fizakal

 

  • Naik tangga, bukan lif
  • Parking tempat yang jauh dan berjalan ke destinasi
  • Bersukan

 

1) Mengawal rangsangan makan

- semasa pergi berbelanja atau belibelah
- aktiviti sosial- keraian/jamuan.

2) Motivasikan diri

3) Ubahsuai tabiat makan

 

  • - Ambil hidangan yang kecil
  • - Gunakan pinggan yang lebih kecil-secara psikologi kita akan cepat kenyang
  • - Makan perlahan, tidak bertambah
  • - Kunyah banyak kali sebelum telan
  • - Mengambil sarapan pagi
  • - Minum atau makan sup sayur sebelum makan
  • - Kurangkan makan semasa aktiviti kurang.
  • - Makan pada waktu makan yang ditetapkan
  • - kurangkan makan selepas pukul 6 petang. Makan 4 jam sebelum tidur.

 

4) Pilih makanan daripada bijirin dan kekacang

- Bijirin penuh kaya dengan fiber, karbohidrat kompleks, vitamin B dan mineral tertentu.
- Kekacang kaya dengan protin tumbuhan dan fiber yang baik.

5) Lebihkan memakan sayuran dan buahan

- Makan pelbagai sayuran terutama yang berwarna hijau dan kuning tua.
- Sediakan sayuran tanpa / kurang lemak.
- Sayuran segar dan ulam adalah digalakkan dalam sajian.
- Utamakan buahan sitrus, tembikai dan betik.
- Makan buah sebagai snek atau pencuci mulut.
- Minum air perahan buah tanpa gula.

sumber

Jika anda obes, kurangkan berat anda dengan pemakanan lebih sihat dan tingkatkan aktiviti.

Diri anda berbaloi untuk sihat dengan BMI ideal!

 

 

Penafian

Khidmat SMS ini adalah untuk remaja yang belum berkahwin sahaja. Berjumpa doktor secara bersemuka adalah lebih baik berbanding bertanya secara SMS. Persatuan Kesihatan Remaja Malaysia tidak bertanggungjawab diatas apa-apa kerosakan atau akibat daripada penggunaan perkhidmatan atau maklumat dari laman web POYO di www.poyo.my.

Soalan yang mengganggu dan menghina akan dilaporkan kepada SKMM di aduanskmm@cmc.gov.my