• Register
Akil Baligh

Adakah para remaja tahu apakah Akil Baligh? Akil baligh adalah satu peringkat dalam hidup anda di mana tubuh badan anda berubah dari seorang kanak-kanak ke seorang dewasa. Perubahan-perubahan ini termasuklah ciri-ciri seks 'primer' dan 'sekunder'. Ia disebabkan oleh bahan kimia di dalam badan yang dipanggil hormon.

Lelaki:

• Ciri-ciri seks primer yang berubah adalah perubahan zakar (penis) dan buah zakar (testis).
• Manakala ciri-ciri seks sekunder pula melibatkan pertumbuhan misai dan janggut serta suara yang lebih garau.
• Bulu ketiak serta di bahagian kemaluan juga merupakan tanda-tanda akil baligh.

Perempuan:

• Ciri-ciri seks primer yang berubah adalah perubahan faraj dan ovari.
• Manakala ciri-ciri seks sekunder pula melibatkan perubahan payudara serta punggung membesar.
• Bulu dari ketiak dan di bahagian kemaluan juga merupakan tanda-tanda akil baligh.

Bilakah saya akan mencapai akil baligh?

Akil baligh bermula antara umur 9 - 16 tahun bagi lelaki dan perempuan. Ada yang mengalaminya lebih awal dan ada juga yang lewat. Kemungkinan sebab-sebab akil baligh awal adalah :

• Nutrisi yang lebih baik.
• Stres.
• Bahan kimia di dalam makanan.

Ramai yang tidak sedar akan perubahan pada diri mereka setelah mereka mencapai tahap akil baligh. Akil baligh bukan saja mengubah seseorang dari segi fizikal, malah cara pemikiran mereka juga akan berubah. Mereka akan menjadi lebih matang. Apabila anak remaja anda mencecah akil baligh, mereka akan lebih terdedah kepada pengaruh-pengaruh luar untuk membantu mereka mengekalkan kehidupan sosial mereka. Oleh itu, kita haruslah bijak memilih pengaruh2 itu untuk kehidupan yang lebih baik. Untuk maklumat yang lebih lanjut, anda boleh hubungi kami dan kami sedia membantu.

 

Penafian

Khidmat SMS ini adalah untuk remaja yang belum berkahwin sahaja. Berjumpa doktor secara bersemuka adalah lebih baik berbanding bertanya secara SMS. Persatuan Kesihatan Remaja Malaysia tidak bertanggungjawab diatas apa-apa kerosakan atau akibat daripada penggunaan perkhidmatan atau maklumat dari laman web POYO di www.poyo.my.

Soalan yang mengganggu dan menghina akan dilaporkan kepada SKMM di aduanskmm@cmc.gov.my