• Register
Sedikit Latarbelakang
PDF
Print
E-mail
Written by admin   
Monday, 13 December 2010 19:27

Portal ini adalah sebahagian daripada Program Professional Opinion for Youth (POYO) iaitu satu program untuk remaja oleh Persatuan Kesihatan Remaja Malaysia (MAAH). Perkhidmatan utama adalah perkhidmatan konsultasi melalui sms. Satu lagi elemen penting POYO ialah memberi ceramah dan kem kesihatan kepada remaja di sekolah-sekolah di sekitar Seremban, memberi infomasi tentang kesihatan, mempromosikan perkhidmatan sms dan meyakinkan mereka tentang kerahsiaan identiti mereka. Kami tidak menghukum dan melabel, kami disini untuk membantu remaja di sekitar Seremban. Identiti anda adalah rahsia. Identit tidak perlu diberikan untuk bertanya soalan. Bagaimana kami hendak memberitahu orang lain siapa anda jika kami sendiri tidak tahu siapa anda. Soalan boleh diajukan melalui sms dan email. Ia akan dijawab dalam beberapa hari melaui cara yang sama ia ditanya. Kalau kami tak sibuk, kami akan menjawab soalan anda serta-merta

Professional Opinion for Youth (POYO) diasaskan oleh Dr. Siti Nurbaya binti Shahrir pada April 2009. POYO terdiri daripda sekumpulan professional yang sudi meluangkan masa untuk memberi khidmat nasihat kepada remaja. Perkhidmatan ini ditujukan kepada remaja di  Seremban, Negeri Sembilan. Oleh itu, aktiviti yang terdapat di dalam portal ini boleh disertai oleh remaja di Seremban. Isu-isu yang diketengahkan di dalam portal ini juga adalah isu-isu yang sering dihadapi oleh remaja di Seremban

Diharap portal ini dapat memberi kebaikan dan manfaat kepada semua penggunanya.

Last Updated on Tuesday, 30 October 2012 13:54
 

Tinjauan Pendapat 1

Rokok electronik (e-cig) selamat dan berkesan untuk berhenti merokok
 

Tinjauan Pendapat 2

Saya pernah mencuba rokok elektronik
 

Tinjauan Pendapat 3

Saya ingin mencuba rokok electronik
 

Facebook POYO