• Register
Latar Belakang
PDF
Print
E-mail
Written by admin   
Saturday, 06 February 2010 23:35

 

Professional Opinion for Youth (POYO) diasaskan oleh Dr. Siti Nurbaya binti Shahrir pada April 2009. POYO terdiri daripda sekumpulan professional yang sudi meluangkan masa untuk memberi khidmat nasihat kepada remaja. Perkhidmatan ini ditujukan kepada remaja di  Seremban, Negeri Sembilan. Oleh itu, aktiviti yang terdapat di dalam portal ini boleh disertai oleh remaja di Seremban. Isu-isu yang diketengahkan di dalam portal ini juga adalah isu-isu yang sering dihadapi oleh remaja di Seremban

Portal ini adalah platform kepada Professional Opinion for Youth (POYO) . Perkhidmatan utama adalah perkhidmatan konsultasi melalui sms. Satu lagi elemen penting POYO ialah memberi ceramah dan kem kesihatan kepada remaja di sekolah-sekolah di sekitar Seremban, memberi infomasi tentang kesihatan, mempromosikan perkhidmatan sms dan meyakinkan mereka tentang kerahsiaan identiti mereka. Kami tidak menghukum dan melabel, kami disini untuk membantu remaja di sekitar Seremban. Identit anda adalah rahsia. Identit tidak perlu diberikan untuk bertanya soalan. Bagaimana kami hendak memberitahu orang lain siapa anda jika kami sendiri tidak tahu siapa anda. Soalan boleh diajukan melalui sms dan email. Ia akan dijawab dalam beberapa hari melaui cara yang sama ia ditanya. Kalau kami tak sibuk, kami akan menjawab soalan anda serta-merta.

Portal ini dimiliki oleh Dr. Siti Nurbaya binti Shahrir. Portal ini juga dibina dan diuruskan oleh Dr. Siti Nurbaya. Portal ini memberi maklumat yang padat dan berguna untuk remaja agar mereka dapat menjaga kesihatan dan menjaga diri mereka. Portal ini cuba dikekalkan ringkas dan padat.

Kami ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato' Mohd Ibrahim bin Mohamed Nor yang telah memberi sumbangan kewangan untuk menjadikan portal ini satu realiti. Terima kasih kepada Dr. Zainudin bin Mohd Ali dan Dr. Noorizah Moktar atas sokongan dan galakan yang diberikan

Diharap portal ini dapat memberi kebaikan dan manfaat kepada semua penggunanya.

Ditulis oleh Dr. Siti Nurbaya binti Shahrir on 25/04/10 @ 03:00

 


Last Updated on Tuesday, 30 October 2012 13:48
 

Penafian

Khidmat SMS ini adalah untuk remaja yang belum berkahwin sahaja. Berjumpa doktor secara bersemuka adalah lebih baik berbanding bertanya secara SMS. Persatuan Kesihatan Remaja Malaysia tidak bertanggungjawab diatas apa-apa kerosakan atau akibat daripada penggunaan perkhidmatan atau maklumat dari laman web POYO di www.poyo.my.

Soalan yang mengganggu dan menghina akan dilaporkan kepada SKMM di aduanskmm@cmc.gov.my