Portal ini adalah sebahagian daripada Program Professional Opinion for Youth (POYO) iaitu satu program untuk remaja oleh Persatuan Kesihatan Remaja Malaysia (MAAH). Perkhidmatan utama adalah perkhidmatan konsultasi melalui sms. Satu lagi elemen penting POYO ialah memberi ceramah dan kem kesihatan kepada remaja di sekolah-sekolah di sekitar Seremban, memberi infomasi tentang kesihatan, mempromosikan perkhidmatan sms dan meyakinkan mereka tentang kerahsiaan identiti mereka. Kami tidak menghukum dan melabel, kami disini untuk membantu remaja di sekitar Seremban. Identiti anda adalah rahsia. Identit tidak perlu diberikan untuk bertanya soalan. Bagaimana kami hendak memberitahu orang lain siapa anda jika kami sendiri tidak tahu siapa anda. Soalan boleh diajukan melalui sms dan email. Ia akan dijawab dalam beberapa hari melaui cara yang sama ia ditanya. Kalau kami tak sibuk, kami akan menjawab soalan anda serta-merta
![]() | Hari Ini | 42 |
![]() | Semalam | 21 |
![]() | Minggu Ini | 42 |
![]() | Minggu Lepas | 164 |
![]() | Bulan Ini | 845 |
![]() | Bulan Lepas | 2202 |
![]() | Jumlah | 640001 |
Khidmat SMS ini adalah untuk remaja yang belum berkahwin sahaja. Berjumpa doktor secara bersemuka adalah lebih baik berbanding bertanya secara SMS. Persatuan Kesihatan Remaja Malaysia tidak bertanggungjawab diatas apa-apa kerosakan atau akibat daripada penggunaan perkhidmatan atau maklumat dari laman web POYO di www.poyo.my.
Soalan yang mengganggu dan menghina akan dilaporkan kepada SKMM di aduanskmm@cmc.gov.my