Login | Guestbook | Slide show | Forums | Downloads | Calendar | Site map |  English Bahasa Malaysia | 1 active visitor
MENU

Survey
Adakah anda tahu apa itu seks?
70% Ya
10% Tidak
20% Tidak Pasti


>>  Read more

LAMAN UTAMA
to read the English version of this portal please click the England flag on the top-right of this page


Profesional's Opinion for Youth (POYO)


Kami memberi peluang kapada remaja untuk mendapat khidmat nasihat dan pendapat daripada ahli profesional mengenai kemusykilan dan masalah mereka. Ini bertujuan supaya para remaja mendapat nasihat yang betul yang dapat membantu mereka untuk membuat keputusan dalam hidup mereka. Ini juga sebagai langkah pencegahan untuk para remaja supaya mereka tidak merosakkan masa depan mereka

Panel penasihat kami setakat ini terdiri daripada seorang doktor perubatan, seorang peguam, seorang jurutera. Mereka adalah sukarelawan dan sukarelawati yang mengambil berat tentang remaja. Soalan boleh diajukan melalui sms atau melalui email. Jawapan akan diberikan seberapa cepat yang mungkin dan selewat-lewatnya seminggu. Identiti anda adalah rahsia.
 
 
 

Pegawai Perubatan
Dr. Siti Nurbaya binti Shahrir
No Pendaftaran MMC : 40753

Medical Doctor, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2003
Tempat Bertugas : Klinik Kesihatan Seremban, Negeri Sembilan

Pengalaman :
Telah berkerja sebagai Pegawai Perubatan selama 7 tahun. Telah berkhidmat di Hospital Tuanku Jaafar dan di Klinik Kesihatan Bandar Seri Jempol. Dalam 3 tahun kebelakangan ini aktif dalam memberikan pendidikan seks kepada remaja perempuan di sekolah-sekolah. Telah menjalankan khidmat nasihat melalui sms selama 2 tahun untuk remaja. Telah menghadiri pelbagai kursus mengenai kesihatan remaja dan telah menjalankan kajian mengenai Kelakuan Seks di Kalangan Remaja Perempuan.

Sms soalan anda kepada :
019-667-69-69
sila nyatakan anda adalah seorang remaja

Email soalan anda kepada :
drsitinurbaya@poyo.my
 
Pesanan untuk Remaja :  
Sentiasa berfikir sebelum membuat sesuatu. Satu keputusan yang kurang bijak boleh menjejaskan hidup anda. Pengetahuan itu adalah kuasa!
 
 
Peguam

 En. Wan Azmir bin Wan Majid

LL.B (Hons) UiTM

Hafarizam & Co, Peguambela & Peguamcara
www.hafazmir.com
603-4044 4758

Pengalaman :
Telah berkhidmat sebagai seorang peguam sejak 2004 dan berpengalaman dalam mengendalikan kes-kes rogol, kes-kes cerai dan pertelingkahan keluarga, kes jenayah dan banyak lagi.

Sms soalan anda kepada :
012-2245588
sila nyatakan anda adalah seorang remaja
 
Email soalan anda kepada :
wan@hafazmir.com
 
Pesanan untuk Remaja :
Ketahui hak anda. Peliharalah maruah dan masa depan.
 
 
Jurutera
En. Mohamad Shazri bin Shahrir
BEng. (Hons) Electrical Electronic Engeneering
Jurutera R&D, Extol Corporation

Pengalaman:
Berpengalaman selama 4 tahun menjadi jurutera R&D. Adalah ketua kepada pasukan penyelidik di Extol Corporation. Telah menjalankan kajian tentang 'artificial inteligence' (AI) dan telah menjalankan perkembangan produk Pengenalpastian Muka (Face Recognition) di Extol Corporation. Cekap dalam matematik dan fizik

 
Email soalan anda kepada :

 mshazri@hotmail.com

Pesanan untuk Remaja :
Jangan jadi poser. Berjuang dan berusaha bermampus-mampusan. Jangan selalu mengeluh. Bersyukur.

 


PUSAT KAUNSELING

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)
http://mains.gov.my

 Ini adalah pusat perkhidmatan kaunseling professional, percuma dan terbuka untuk semua kaum tanpa batasan agama. Dengar cerita kaunselor-kaunselor disini baik-baik belaka, ada yang kelakar pulak tu! Telefon dulu untuk buat temujanji. Identiti anda adalah rahsia.

 Pejabat:

F51 & 53 Tingkat 1, Terminal One Shopping Center, 20B, Jalan Lintang, 70200 Seremban.

No. telefon:
06-767-9905

Anda juga boleh email soalan anda di email dibawah:
pusatkaunseling@mains.gov.my
email ini akan diperiksa setiap 2 hari dan dijawab oleh kaunselor

Untuk maklumat lanjut sila layari :
http://mains.gov.my/pkmains/

Identiti dan Soalan Adalah Rahsia

Perkhidmatan ini sudah dijalankan oleh Dr. Siti Nurbaya binti Shahrir selama 2 tahun dan mendapat sambutan yang baik. Nama sebenar remaja tidak perlu diberi dan identiti adalah rahsia.

TALIAN NUR

 
Dail 15999 untuk meloporkan penderaan dan bencana alam untuk tindakan segera pihak bertanggungjawab

>> Read more
PORTAL BERGUNA
 


IluvIslam.com











 
PERKIM Negeri Sembilan branch
No 73, Jalan Sri Rahang 3, Taman Sri Rahang, 70100 Seremban, Negeri Sembilan.
No Tel: 06-7630278






 




>> Read more

Google Search
 
  

QMath : Quality Mathematical Approach
 

INFORMASI KESIHATAN
'Apa itu seks?'
 
>>  Read more

TOPIK KHAS
'Saya pernah melakukan seks'

>>  Read more

TOPIK KHAS
'Saya mengandung tapi saya belum berkahwin'
 

>>  Read more



PUSAT INFORMASI
REMAJA
SEREMBAN




Profesional Opinion for Youth Organization
"); pageTracker._initData(); pageTracker._trackPageview();